Aktiviti Khidmat Masyarakat (Tanggungjawab Sosial)
Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai kesedaran sivik yang tinggi, Empayar Gading Sdn Bhd telah membuat beberapa jenis perkhidmatan yang tidak menekankan langsung aspek keuntungan. Malah, kami mengeluarkan modal bagi menjalankan projek-projek tersebut kerana kami menjadikannya sebagai tanggungjawab sosial kami. Mereka ialah :
i) EG - ZooLover
Syarikat kami telah mengadakan projek Khidmat Masyarakat di Zoo Negara. Syarikat kami telah bekerjasama dengan Panitia Sivik dan Kewarganegaraan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial ini. Syarikat Empayar Gading Sdn. Bhd bersama-sama dengan Panitia Sivik dan Kewarganegaraan telah membawa semua pelajar tingkatan 4 SMK Bukit Gading pergi ke Zoo Negara untuk melakukan kerja sukarelawan.
ii) EG - Sehati Berpoco
Syarikat sekali lagi menjalankan tanggungjawab sosial kami apabila kami memperkenalkan EG-Sehati Berpoco untuk mengajar langkah-langkah pergerakan dalam tarian poco-poco. Para guru turut berganding bahu bagi menjayakan aktiviti EG-Sehati Berpoco tersebut. Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar tingkatan 4.
iii) EG - Jangan Lupa Lirik
Syarikat kami juga telah melaksanakan sebuah permainan nyayian iaitu EG-Jangan Lupa Lirik. Permainan ini terbuka kepada semua pelajar yang telah mendaftarkan diri kepada ahli syarikat untuk menyertai permainan tersebut. Pertandingan ini mendapat sambutan yang hangat daripada para pelajar.
iv) EG - Mask
Ketika penyakit H1N1 telah merebak di daerah Gombak, syarikat mengambil inisiatif dengan mengagihkan topeng penutup muka kepada seluruh warga sekolah. Langkah yang diambil sebagai mengawal penularan wabak Influenza A H1N1.