Empayar Gading Sdn Bhd telah menjalankan satu perkhidmatan pada setiap bulan. Sebanyak 8 aktiviti bercorak perkhidmatan telah disempurnakan dengan cemerlang. Mereka ialah :
i) EG - Nikon
Perkhidmatan yang diperkenalkan syarikat merupakan perkhidmatan bagi sesi penggambaran yang diberi nama EG-Nikon. Perkhidmatan tersebut dilaksanakan ketika para pelajar terlibat dalam sesi penggambaran dan majlis formal atau tidak formal di sekolah. Saban tahun, PUM PERMATA SMK Bukit Gading diberi kepercayaan menjalankan perkhidmatan ini.
ii) EG - Kitar
Perkhidmatan EG-Kitar salah satu cara mengumpul dan mengitar semula kertas yang berlebihan di sekolah. Tambahan, perkhidmatan ini memberi faedah kepada semua pihak, selaras dengan moto perkhidmatan EG-Kitar “Sekolah Bersih, Syarikat Untung
iii) EG - Kristal
Perkhidmatan EG-Kristal merupakan perkhidmatan menjual barangan yang diperbuat daripada Kristal. Sejajar dengan perkembangan fesyen, barangan Kristal banyak digunakan oleh muda mudi masa kini. Syarikat mengambil peluang ini untuk memperkenalkan perkhidmatan EG-Kristal.
iv) EG - House of Breads
Perkhidmatan EG-House of Breads merupakan perkhidmatan dimana syarikat menjual berbagai-bagai jenis roti kepada seluruh warga sekolah. Antara roti yang terkenal dikalangan para guru dan pelajar ialah Roti Butter Scotch Gardenia dan roti Cream Puff.
v) EG - Hamper
Perkhidmatan EG-Hamper memperkenalkan perkhidmatan menguruskan hadiah bermula daripada pemilihan hadiah sehinggalah pembungkusan hamper. Perkhidmatan ini diadakan bagi memudahkan pihak sekolah menguruskan hadiah hamper pemenang pertandingan yang dianjurkan oleh sekolah
vi) EG - Bon Appetite
Perkhidmatan EG-Bon Appetite merupakan perkhidmatan dimana syarikat mendapat kontrak menyediakan makanan bagi majlis sekolah. Syarikat berasa amat berbangga kerana berpeluang untuk memasak dan menyediakan makanan bagi majlis rasmi sekolah.
vii) EG - Fishing Trip
Perkhidmatan yang julung kali dijalankan oleh Empayar Gading Sdn Bhd dikenali sebagai EG-Fishing Trip. Perkhidmatan ini membuka peluang kepada para pelajar mempelajari serta menimba pengalaman dalam memancing. Banyak faedah yang diperoleh apabila syarikat memperkenalkan perkhidmatan ini kepada seluruh pelajar sekolah.