PENGELUARAN PRODUK
Empayar Gading Sdn Bhd telah menjalankan aktiviti pengeluaran produk bagi menyokong pembangunan ekonomi syarikat. Produk yang dimaksudkan ialah:
i) EG - CB Blossom
Produk EG-CB Blossom ini merupakan produk kreatif
keluaran Empayar Gading Sdn Bhd. Produk ini
berasaskan sumber alam iaitu buluh dan
tempurung. Ia merupakan produk hiasan untuk
pokok-pokok kecil
ii) EG - Sweets Candy
Produk EG-Sweets Candy yang dikeluarkan oleh
syarikat ini khusus sebagai hadiah untuk meraikan
para guru ketika Sambutan Hari Guru SMK Bukit
Gading berlangsung. Produk yang dihasilkan
syarikat ini simbolik terhadap pengorbanan guru
yang manis dihati pelajar.
iii) EG - Memori
Produk EG-Memori yang dikeluarkan oleh syarikat
khusus sebagai produk kenangan untuk para
pelajar yang membeli produk Empayar Gading Sdn
Bhd. Produk ini merupakan sebuah mug yang telah
dicetak gambar di atasnya. Selain itu, syarikat juga
menggunakan rantai kunci sebagai bahan
kenangan yang menggambarkan imej sekolah dan
gambar kenangan.